fbpx

182 individu ditahan ingkar arahan PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Polis Diraja Malaysia menahan seramai 182 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah tidak mematuhi penjarakan fizikal.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sejumlah 181 individu telah dikompaun manakala seorang pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (66), tidak memakai pelitup muka (60), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (46), dan lain-lain (10),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, sebanyak 83,737 individu dilaporkan pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga 7 Disember 2020.

“Kesemua mereka ditempatkan di 76 Hotel dan 18 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta antaranya Labuan, Melaka, Kedah serta Perlis,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI