fbpx

Penagih terjun parit elak dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penagih dadah sanggup terjun parit ketika terserempak AADK.

PASIR PUTEH – Seorang penagih sanggup terjun ke dalam parit ketika cuba melarikan diri apabila terserempak dengan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang sedang menjalankan operasi Ops Cegah di Kampung Lembah, Semerak di sini semalam.

Bagaimanapun, tindakan untuk meloloskan diri itu gagal apabila lelaki berusia 48 tahun itu akhirnya berjaya dicekup dalam keadaan penuh berlumuran lumpur.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd. Zain berkata, hasil pemeriksaan badan lelaki tersebut membawa kepada penemuan sebanyak tujuh biji pil berwarna merah jambu disyaki pil kuda.

Menurutnya, operasi yang bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 3 petang itu disertai oleh 10 orang anggota AADK dan berjaya menahan seramai tujuh penagih dadah di sekitar kampung berkenaan.

“Selain menyerbu tempat penagihan, kita turut menjalankan pemantauan di rumah penagih yang telah dikenal pasti.

“Dalam operasi itu, seramai tujuh suspek lelaki yang ditangkap berusia dalam lingkungan 22 hingga 57 tahun. Kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dipercayai kesan pengambilan pil kuda,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azlina, suspek dibawa ke pajabat AADK Pasir Puteh untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi tangkapan.

Azlina berkata, tangkapan itu melibatkan enam kes di bawah kesalahan Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan )1983.

Katanya, daripada enam suspek, satu kes telah dijamin manakala lima lagi direman mengikut Seksyen berkenaan di Pusat Tahanan Reman Pasir Mas mulai hari ini.

“Seorang lagi suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah diserahkan kepada pihak polis kerana memiliki sebanyak tujuh biji pil dipercayai pil kuda.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tidak menghalang tugasan AADK dalam usaha membanteras kegiatan penagihan dadah di daerah ini,” katanya.

Tambahn Azlina, maklumat orang ramai berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah kepada AADK amat dialu-alukan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI