fbpx

Sultan Perak perkenan lantik MB selepas calon ada majoriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Zaini ditemui pemberita di pekarangan Istana Kinta, Ipoh hari ini. Foto: ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hanya akan memberi perkenan pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu setelah baginda diyakinkan bahawa calon tersebut mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, sejak dua hari lalu, baginda telah pun menerima menghadap beberapa pemimpin tertinggi parti bagi menyembah maklum perkembangan terkini parti masing-masing.

“Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut diperkenan Sultan Nazrin untuk menghadap baginda di Istana Kinta yang mana beliau telah menyembah maklum perkembangan terkini dari sudut UMNO dan rumusan yang dicapai dalam Menyuarat Khas Perhubungan UMNO semalam.

“Peranan baginda sultan (memperkenankan pelantikan Menteri Besar) hanya setelah diyakinkan bahawa calon yang dipersembahkan itu mempunyai sokongan majoriti mudah.

“Pihak istana juga bersedia untuk diyakinkan sudah ada calon untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak yang baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta di sini hari ini.

Menurut Mohd. Annuar, selepas Ahmad Zahid, tiada mana-mana pihak yang memohon untuk menghadap baginda.

“Setakat ini tiada, namun saya tidak boleh ulas kerana dinamik (keadaan politik). Jika ada saya akan maklumkan kepada media” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Nazrin pada pukul 10 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI