fbpx

Penagih lari daripada polis terlanggar pagar PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ditahan selepas melanggar pagar PKPD di Kulim awal pagi ini.

KULIM – Cubaan seorang lelaki disyaki penagih dadah melarikan diri daripada polis membawa padah apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar pagar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Sungai Seluang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, suspek berusia 39 tahun dikatakan merayau di tepi jalan Taman Cekur Manis di sini yang terletak berhampiran kawasan dikenakan PKPD sebelum terserempak dengan tiga anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, anggota dari Balai Polis Lunas yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah cuba menahan suspek kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek bagaimanapun cuba melarikan diri daripada ditangkap dengan melalui jalan besar.

“Dalam keadaan kelam kabut, suspek hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pagar yang dipasang di luar kawasan PKPD,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan pada suspek menemui dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 14.4 gram di dalam poket hadapan seluarnya.

“Suspek didapati positif dadah jenis morfin dan hasil soal siasat mendapati dia mula terlibat dengan dadah sejak 2007 serta mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” ujarnya.

Tambahnya, suspek direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI