fbpx
Sibutramine ialah agen pelangsing yang mampu memberi kesan buruk dengan mempercepatkan denyutan jantung malah, boleh diserang strok mengejut.

Hati-hati dengan iklan produk pelangsingan badan – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Hentikan penipuan ini! Ini bukan tindakan yang betul. Itu nasihat Public Health Malaysia (PHM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai reaksi kepada isu dihadapi Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, atau lebih dikenali sebagai Wani Comel.

“Kasihanilah mereka yang berjuang dengan berat badan dan ditipu dengan produk yang mendakwa penurunan berat badan duta produk adalah kesan daripada produk mereka tetapi sebenarnya hasil pembedahan.

“Jelik rasanya untuk membongkarkan penipuan produk kurus di pasaran. Bagi melariskan produk, mereka tidak gusar untuk memasukkan bahan terlarang seperti sibutramine,” katanya.

Sibutramine ialah agen pelangsing yang mampu memberi kesan buruk dengan mempercepatkan denyutan jantung malah, boleh diserang strok mengejut.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Wani Comel mendakwa tertipu selepas teraniaya dan dimanipulasi oleh seorang jutawan kosmetik.

Wani mendakwa dia didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.

Selain itu, penyanyi, Aishah turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pengusaha produk pelangsingan badan yang sanggup menipu pelanggan demi mengaut keuntungan ‘membabi buta’.

Menurut Aishah, kebanyakan duta produk yang dilantik berjaya mengurangkan berat badan hasil pembedahan pintasan usus (bariatric), sebaliknya bukannya kerana keberkesanan produk itu. – K! ONLINE

POPULAR