fbpx

Anak, ibu mentua Shafiq selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syafiq ditenangkan ibunya semasa menatap jenazah bayi dan ibu mentuanya buat kali terakhir di Pendang semalam.

PENDANG – Jenazah ibu mentua dan bayi lelaki pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing di sini kira-kira pukul 8.25 malam tadi.

Terdahulu, jenazah tiba Zainab Wahab, 46, dan Muhammad Aisy Saqeef yang berusia 22 hari tiba di kediaman keluarga isteri Muhammad Syafiq, Nur Amalina Norain, 25, di Kampung Padang Pusing di sini pada pukul 5.55 petang.

Jenazah kemudian disembahyangkan di rumah keluarga Nur Amalina sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Muhammad Syafiq memangku jenazah anaknya sambil mengiringi jenazah ibu mentuanya ke tanah perkuburan.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dan ahli keluarga serta penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq yang juga penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap.

Kemalangan turut mengakibatkan ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an maut.

Sementara, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak, Aaira Nur Saffiya, cedera ringan manakala isterinya, Nur Amalina dilaporkan cedera parah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI