fbpx

Import daging daripada rumah sembelihan diluluskan DVS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada rumah sembelih atau loji pemprosesan yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, daging dan produk daging yang diimport juga perlu pengesahan halal daripada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

“Pengimport juga perlu mengemukakan bersama sijil kesihatan daripada pihak berkuasa veterinar negara pengeksport dan kelulusan permit import dari pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sebelum daging dan produk daging tersebut dibenarkan masuk ke pasaran negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz turut menzahirkan penghargaan kepada agensi yang terlibat melaksanakan operasi bersepadu perihal dagangan halal yang dipercayai digunakan sindiket penyeludupan daging sejuk beku terbabit.

“Jakim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi terlibat iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Johor, Maqis, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Bahagian Pengurusan Halal Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),” katanya.

Katanya, Jakim komited untuk memberikan kerjasama kepada semua agensi penguatkuasa dan menyeru orang awam untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu-isu penyalahgunaan logo halal.

Rabu lepas, sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Maqis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI