fbpx

3,974 kebenaran rentas daerah dikeluarkan di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang telah mengeluarkan sebanyak 3,974 surat kebenaran merentas daerah sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di negeri ini sejak 26 November lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, purata surat kebenaran yang dikeluarkan oleh IPD Gua Musang sebanyak 200 sehari.

Katanya, kebenaran merentas daerah hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai alasan kukuh seperti bekerja, kecemasan atau mendapatkan rawatan perubatan.

Katanya, mereka yang ingin merentas daerah juga perlu membuktikan alasan seperti menunjukkan pas pekerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Bagaimanapun, 200 permohonan telah ditolak kerana alasan diberi tidak memenuhi syarat.

“Apabila ditanya lanjut, mereka gagal memberikan jawapan yang munasabah dan selari dengan permohonan,” katanya selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kem Semur di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Sik Choon Foo.

Menurut Mohd. Taufik, terdapat dua SJR ya g dijalankan selama 24 jam di daerah ini dengan pemantauan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Katanya, selain pencegahan Covid-19, SJR itu juga dapat mencegah jenayah dan tindakan kepada pengguna yang gagal mematuhi peraturan di jalan raya.

“Kita tidak akan bertolak ansur dan mengarahkan mereka yang tiada surat kebenaran agar berpatah balik jika ditahan di SJR.

“Selain itu, tiada laluan tikus di daerah ini yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengambil kesempatan dengan merentas daerah tanpa surat kebenaran,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI