fbpx

Pendakwah sasar wanita ada masalah peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azam (depan dua kanan) menerima sumbangan set keselamatan penjagaan keselamatan diri daripada Inix Technologies yang disampaikan Mohamad Fuzi (tiga depan kiri) di IPK Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Pendakwah selebriti yang disiasat dengan kes seksual dikatakan memfokuskan kepada mereka yang mempunyai masalah sebelum terjerat dengan perangkap lelaki tersebut.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa yang dipilih pula adalah terdiri daripada golongan muda yang berusia 21 hingga 25 tahun.

Katanya, kapasiti sebagai pendakwah dapat menyakinkan mangsa menerusi pendekatan kata-kata motivasi yang menjurus kepada keagamaan.

“Ini lebih kepada cara mendengar masalah yang menjadi kelemahan kepada wanita-wanita yang mempunyai masalah yang akan mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada suspek.

“Itu merupakan faktor kebanyakan mangsa terjerat (perangkap) da’i ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima sumbangan set penjagaan keselamatan diri daripada Inix Technologies Holdings Bhd. bernilai RM50,000 disampaikan Pengerusi Bebas dan Bukan Esksekutifnya, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Kata beliau, polis juga tidak menolak kemungkinan ketampanan dan statusnya sebagai da’i itu juga merupakan penyebab dirinya menjadi rujukan di kalangan mangsa.

Ujarnya, bagaimanapun beliau menolak sebarang unsur ilmu pengasih digunakan suspek dalam kes seksual yang sedang disiasat polis.

“Ini lebih kepada cara bercakap, mendengar masalah dan menyakinkan mereka.

“Selain itu, setakat ini laporan hanya diterima di dua daerah Shah Alam dan Petaling (seperti sebelum ini),” ujarnya.

Ketika ditanya mengapa mangsa mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis, Noor Azam menegaskan perkara itu melibatkan maruah mangsa.

“Kadang-kadang mangsa ini malu dan tidak boleh menyalahkan mereka disebabkan melibatkan maruah.

“Apabila seorang keluar (membuat laporan) akan ada dua atau tiga lagi melakukan perkara sama. Justeru, saya menyeru mereka yang menjadi mangsa tidak perlu takut untuk membuat laporan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI