fbpx

Kakitangan MBSP positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan MBSP di Menara Bandaraya, Bandar Perda, Bukit Mertajam dilaporkan positif Covid-19.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang bertugas di Menara Bandaraya, Bukit Mertajam di sini dilaporkan positif Covid-19.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, kakitangan berkenaan disahkan positif Covid-19 semalam selepas dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.

“Dari tempoh 18 November hingga 2 Disember lalu, petugas itu hanya hadir sekali di pejabat Menara Bandaraya iaitu pada 25 November.

“Sebagai langkah pencegahan, pihak pengurusan telah mengenal pasti semua kakitangan dan pegawai lain yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit ini dan telah diarah supaya bekerja dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa jabatan di Menara Bandaraya dan Jabatan Landskap Kampung Jawa di sini telah ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh.

“Saya juga ingin menasihatkan orang awam supaya tidak perlu risau kerana operasi MBSP di kaunter berpusat masih berjalan seperti biasa.

“Bagaimanapun, mereka lebih digalakkan untuk membuat pembayaran atau mendapatkan lain-lain perkhidmatan MBSP secara online,” ujar beliau.

Tambahnya, penduduk Seberang Perai juga dinasihatkan tidak panik kerana keadaan adalah terkawal dan berada dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI