fbpx

Amaran cuaca buruk dan waspada di tujuh negeri sehingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan, amaran tersebut melibatkan tujuh buah negeri iaitu Kelantan; Terengganu; Pahang; Perlis; Perak, Pulau Pinang dan Kedah bermula hari ini sehingga Sabtu.

Katanya, amaran cuaca buruk peringkat jingga telah dikeluarkan negeri Kelantan melibatkan daerah Tumpat; Pasir Puteh; Pasir Mas; Kota Bharu dan Bachok.

“Manakala, bagi negeri Terengganu, amaran sama turut dikeluarkan kepada daerah Besut; Setiu; Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga lewat hari ini,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bagi amaran cuaca tahap waspada iaitu peringkat kuning, negeri yang terlibat adalah Perlis; Kedah; Pulau Pinang dan Perak (Hulu Perak).

Turut terlibat adalah negeri Kelantan bagi daerah Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

“Amaran cuaca ini dijangka berlaku sehingga lewat hari ini,”ujarnya.

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan arahan cuaca waspada peringkat kuning sehingga Sabtu ini di Terengganu melibatkan daerah Hulu Terengganu; Marang, Dungun dan Kemaman.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Pahang melibatkan daerah Jerantut; Temerloh; Maran; Kuantan; Bera; Pekan dan Rompin” jelas MetMalaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI