fbpx

‘Akan buktikan Mahathir mempunyai pandangan negatif’ – Mohamed Apandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengemukakan bukti bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan kebencian sehingga mendorongnya menamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara dengan apa cara sekali pun.

Dalam pernyataan balasan yang difailkan pada 25 November lalu oleh peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, Mohamed Apandi berkata, jika bukan disebabkan penamatan jawatannya yang bertentangan perlembagaan, kontraknya sebagai pegawai undang-undang pada masa material masih sah dan kekal serta berhak kepada saraan dan faedah.

Katanya, beliau akan mengemukakan keterangan yang menunjukkan bahawa peranan Yang di-Pertuan Agong tidak diambil kira dan ditimbangkan oleh Mahathir, justeru terdapat kegagalan dalam proses penamatan jawatannya selaku Peguam Negara.

Pengurusan kes itu kemudian ditetapkan pada 11 Disember ini bagi  peguam Mohamed Apandi memfailkan permohonan mendapatkan beberapa dokumen berkaitan.

Pada 13 Oktober lalu, Mohamed Apandi memfailkan saman menuntut ganti rugi RM2.2 juta terhadap Mahathir dan Kerajaan Malaysia, dan memohon mahkamah mengisytiharkan pemecatan beliau sebagai Peguam Negara oleh bekas perdana menteri itu, adalah tidak sah.

Mohamed Apandi memfailkan saman secara dalam talian di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Dr.Mahathir sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Dalam penyataan tuntutannya, Mohamed Apandi yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, antara lain memohon pengisytiharan bahawa defendan pertama telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan Kerajaan Malaysia.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa wujud kegagalan berhubung pematuhan terhadap Perkara 145, Perlembagaan Persekutuan, dalam pemecatannya dan bahawa pemecatannya sebagai AG adalah tidak mengikut undang-undang, oleh itu ia adalah tidak sah.

Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan/atau punitif, kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bagaimanapun Mahathir dan kerajaan Malaysia dalam pernyataan pembelaanya pula, menegaskan tindakan mereka menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara pada 2018 adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan memohon mahkamah menolak saman Mohamed Apandi terhadap mereka.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI