fbpx

Pesara tentera maut dilanggar ketika mahu buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Iswara semalam sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

BAGAN SERAI – Seorang Pesara tentera maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 107.5, Jalan Ipoh-Butterworth kira-kira pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa, Mohamed Zakaria Che Ngah, 70, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave terbabit kemalangan jalanraya dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang di pandu oleh seorang pemandu wanita berusia 43 tahun.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu kereta dari arah pekan Bagan Serai sedang dalam perjalanan menghala ke arah Semanggol.

“Pemandu kereta yang berada di lorong kanan dipercayai tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sebelah kanan motosikal ditunggang mangsa.

“Ketika itu, penunggang motosikal telah mengubah haluan motosikalnya dari lorong kiri jalan ke lorong sebelah kanan untuk membuat pusingan U bagi berpatah balik ke arah Pekan Bagan Serai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mazuki, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami patah tangan kanan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kata Mazuki, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping dan mangsa disahkan meninggal dunia pada pagi tadi.

“Punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian penunggang motosikal ketika menyeberangi jalan dan kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI