fbpx
JEON MI-DO

Jeon Mi-do seronok dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNCUL sebagai seorang daripada bintang yang membarisi drama popular Hospital Playlist sebenarnya membuatkan aktres Jeon Mi-do sangat gembira. Akui Mi-do, penampilannya dalam naskhah tersebut membuatkan bakatnya dihargai ramai.

Ketika muncul dalam sesi fotografi majalah The Star, Mi-do ditanya tentang kriteria projek yang akan dipilihnya memandangkan kini dia semakin laris dalam industri.

Jelas wanita itu, dia gemar mencuba watak baharu kerana jika tidak berbuat demikian, kerjayanya tidak akan mampu berkembang.

“Saya masih meletakkan jalan cerita dan mesej dalam naskhah sebagai perkara paling penting. Saya cuma mahu watak saya berbaloi untuk dibawakan dalam sesuatu projek,” ujarnya.

Sejujurnya, dia berasa sangat gembira apabila menerima pujian peminat.

“Rasanya, keputusan menjadi pelakon adalah perkara paling tepat dalam hidup saya. Saya mahu berlakon dalam satu projek dan orang akan berkata, lakonan Jeon Mi-do sangat hebat,” katanya lagi.