fbpx

Ibu kurung anak 28 tahun diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dirakam pada 10 November lalu menunjukkan suasana di pusat bandar Stockholm, Sweden. - AFP

STOCKHOLM, Sweden – Seorang ibu di Sweden ditangkap kerana disyaki mengurung anak lelakinya di dalam apartmen mereka selama 28 tahun dan membiarkan mangsa dalam keadaan kurang zat makanan dan hilang hampir kesemua giginya, lapor media dan polis hari ini.

“Si ibu disyaki mengurung anaknya dan menyebabkan kecederaan tubuh badan,” kata jurucakap polis Stockholm, Ola Osterling .

Dia berkata, lelaki itu dikurung untuk tempoh masa yang lama di apartmen tersebut di Haninge, selatan Stockholm tetapi enggan mengulas laporan akhbar tempatan Expressen dan Aftonbladet bahawa mangsa dikurung selama 28 tahun.

Laporan tersebut menyatakan, si ibu tidak menghantar anaknya ke sekolah apabila mangsa berumur 12 tahun dan mengurungnya di dalam apartmen mereka sejak dari itu.

Seorang saudara mara mereka yang enggan identitinya didedahkan, menemui lelaki tersebut pada Ahad lepas selepas ibunya yang kini berusia dalam lingkungan 70-an telah dibawa ke hospital, lapor Expressen.

Mangsa pula berumur 41 tahun ketika dia ditemui.

Menurut Expressen, lelaki itu mempunyai kudis pada kakinya dan hampir tidak dapat berjalan. Dia juga dilaporkan hampir tidak mempunyai gigi dan sukar bertutur.

Osterling bagaimanapun enggan mengulas laporan akhbar tersebut.

“Lelaki itu kini dirawat di hospital. Kecederaannya tidak mengancam nyawa,” kata jurucakap polis tersebut.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pendakwaan Sweden berkata, ibu mangsa menafikan melakukan jenayah tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI