fbpx

Hadir perkahwinan bekas suami selepas sebulan bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN video yang dimuat naik oleh Alifa dalam aplikasi TikTok. – TikTok/@balqismooet

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia hadir pada majlis perkahwinan bekas suaminya kerana ingin membuktikan bahawa dia tidak terkesan dengan pernikahan tersebut.

Wanita berkenaan, Alifa Balqis memuat naik rakaman video memaparkan dia menghadiri ­majlis perkahwinan bekas suaminya dalam aplikasi TikTok baru-baru ini. Alifa berbuat demikian selepas sebulan bercerai dengan lelaki itu.

“Saya hadir ke majlis perkahwinan bekas suami saya dan isteri baharunya.

“Sabarlah hati, semoga saya ada pengganti lebih baik,” tulisnya pada kemas kini status di TikTok.

Menurut portal TribunStyle.com, Alifa tidak menyangka klip videonya mendapat perhatian netizen dan menjadi tular

Alifa berkata, dia sengaja mencabar dirinya untuk hadir ke maj­lis itu kerana mahu membuktikan kepada bekas suami bahawa dia kuat dan tenang menghadapi perceraian mereka.

Dalam video sama, Alifa turut dilihat naik ke pelamin dan bersalaman dengan isteri baharu bekas suaminya seperti tiada apa-apa berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI