fbpx
ABDULLATIF bercakap semasa sidang akhbar di Baitulmuqaddis pada 8 November lalu. - AFP

Delegasi Bahrain tiba di Israel untuk perbaiki hubungan dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV, Israel – Sebuah delegasi Bahrain yang disertai 40 pegawai tiba di Israel hari ini untuk menghadiri rundingan dua hari bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan pelancongan selepas kedua-dua negara memulihkan hubungan pada September lalu.

Bahrain yang merupakan negara Teluk, mengikuti langkah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menandatangani perjanjian tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan hubungan diplomatik penuh dengan Israel sekali gus menjadi negara Arab ketiga dan keempat berbuat demikian.

Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi dijadualkan melawat Bahrain minggu ini tetapi lawatan tersebut dibatalkan, demikian menurt sumber diplomatik kepada agensi berita AFP tanpa mengulas lanjut.

Pembatalan itu menyusul selepas pembunuhan saintis nuklear Iran yang didakwa didalangi agensi perisikan Israel, Mossad.

Pada bulan lalu, Menteri Luar Bahrain, Abdellatif al-Zayani mengadakan rundingan di Baitulmuqaddis dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Delegasi terbaharu diketuai oleh Menteri Perdagangan dan Pelancongan Bahrain, Zayed bin Rashid Al-Zayani itu mendarat di lapangan terbang Ben Gurion hari ini, kata sumber diplomatik Israel.

Delegasi itu dijadualkan menemui kedua-dua Ashkenazi dan Netanyahu esok.

Pihak berkuasa Israel tidak mendedahkan sama ada delegasi Bahrain itu akan melawat pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur . – AFP