fbpx

Bintang pop kesal langgar perintah berkurung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA ORA mengadakan persembahan semasa satu majlis pertunjukan fesyen siber pada 19 September lalu. - AFP

LONDON – Penyanyi Britain, Rita Ora memohon maaf Isnin lalu kerana melanggar perintah berkurung koronavirus selepas dia menganjurkan parti hari lahir ke-30 bersama beberapa rakannya di sebuah restoran di sini.

Menulis di platform media sosial Instagram, Rita berkata, parti di Notting Hill, barat London pada Sabtu lepas itu adalah satu kesilapan serius.

“Ia adalah keputusan spontan dengan pandangan tersilap bahawa parti itu boleh diadakan kerana kita menghampiri penghujung perintah berkurung.

“Saya berasa malu kerana saya sedar betapa petugas barisan hadapan bekerja begitu keras untuk memerangi penyakit dahsyat ini.

“Walaupun ia tidak menjadikannya betul tetapi saya benar-benar ikhlas memohon maaf,” katanya.

Polis London mengesahkan bahawa anggotanya dipanggil ke Notting Hill berkaitan pelanggaran peraturan Covid-19.

Rita yang popular dengan lagu seperti Let You Love Me dan How to Be Lonely berkata, dia secara suka rela membayar denda akibat kesalahannya.

Polis di England boleh mengenakan denda sehingga £10,000 (RM54, 482) terhadap mereka yang melanggar perintah berkurung koronavirus.

Perintah berkurung selama empat minggu itu dikuatkuasakan di England bagi membendung penularan Covid-19 pada November lalu. Restoran dan pub adalah antara peniagaan yang terjejas akibat perintah tersebut.

Individu juga dilarang mengadakan pertemuan di dalam rumah dengan anggota isi rumah lain.

Perintah berkurung itu dijangka berakhir esok i dan diganti dengan sistem kawalan pergerakan berperingkat namun, masih mengekalkan peraturan penjarakan fizikal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI