fbpx

Setuju laporan bedah siasat Nora Anne – Saksi ke-41

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Koroner Seremban hari ini dimaklumkan Saksi ke-41, tiada sebab untuk tidak bersetuju dengan laporan bedah siasat Nora Anne Quoirin di Malaysia.

SEREMBAN – Mahkamah Koroner Seremban hari ini dimaklumkan Saksi ke-41, tiada sebab untuk tidak bersetuju dengan laporan bedah siasat Nora Anne Quoirin di Malaysia.

Perkara itu diberitahu oleh Dr. Nathaniel Roger Blair Cary yang merupakan Pakar Patologi Forensik yang dilantik kerajaan United Kingdom bagi menentukan punca kematian remaja itu.

Menurutnya pada prosiding hari ke-20 itu, beliau telah melakukan bedah siasat pada tubuh badan mangsa pada 28 Ogos 2019 iaitu 15 hari selepas mayat dijumpai.

“Tiada alasan untuk saya tidak bersetuju dengan laporan bedah siasat awal yang dilakukan di Malaysia kerana laporan itu munasabah.

“Mangsa mungkin telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang disebabkan oleh kelaparan,” katanya dalam prosiding disiarkan secara lansung di laman Youtube.

Prosiding itu dikendalikan oleh Pegawai Inkues, Ahmad Sazali Omar.

Tambahnya, beliau berpuas hati bahawa terdapat bukti ulserasi dan pendarahan usus berdasarkan penerangan terperinci yang diberikan.

“Walaupun tidak mungkin pada pemeriksaan saya untuk mengesahkan penyebab kematian yang dicatatkan di Malaysia.

“Saya berpuas hati bahawa terdapat bukti ulser dan pendarahan di bahagian usus berdasarkan penerangan terperinci yang diberikan,” tambahnya di hadapan Koroner, Maimoonah Aid.

Nora Anne, 15, anak sulung kepada tiga beradik yang juga merupakan anak istimewa, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai, Seremban pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudiannya dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan.

Prosiding bersambung semula 7 Disember 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI