fbpx

Penduduk Kampung Gusi, Ranau dapat internet – SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan sebuah syarikat swasta berpangkalan di Sabah akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar di Kampung Gusi, Ranau, Sabah.

Ia susulan kejadian tiga pelajar cedera selepas terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan capaian internet bagi mengikuti kelas dalam talian di kampung berkenaan, Isnin lalu.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, sebuah syarikat swasta di Sabah iaitu Common Tower Technologies Sdn. Bhd. (CTT) sebuah anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. akan melaksanakan penyelesaian sementara dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kampung itu.

“Perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) itu adalah usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada pihak CTT.

“SKMM amat bersimpati atas situasi yang menimpa tiga orang pelajar berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, SKMM dimaklumkan Pengurus Besar CTT Law Chun Ming mengesahkan pemasangan VSAT tersebut akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember depan.

Dalam pada itu, katanya, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Lokasi-lokasi tersebut telah dinyatakan di dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh SKMM pada 20 November lalu,” katanya.

SKMM turut menasihatkan pelajar untuk tidak membahayakan diri dalam usaha mencari capaian internet.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, dua pelajar patah bahagian paha dan betis, manakala seorang lagi mengalami kecederaan tulang belakang selepas terjatuh dari jambatan gantung setinggi 18 meter dari paras sungai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI