fbpx

Jakim minta SKMM siasat kenyataan berunsur fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jakim tidak memberi pengesahan halal pada air hujan seperti yang didakwa laman portal tersebut.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berhubung satu artikel berunsur fitnah oleh sebuah laman portal.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim mengesan satu dakwaan tidak berasas yang cuba ditularkan kembali oleh penulis laman portal tersebut bertarikh Disember 2015 yang menyatakan bahawa Jakim memberi pensijilan halal kepada air hujan.

“Aduan itu bagi membolehkan satu tindakan sewajarnya terhadap pihak berkenaan seterusnya menutup ruang fitnah dan dakwaan yang tidak berasas terhadap jabatan ini.

“Dalam dakwaan tersebut, turut dikaitkan tuduhan jahat bahawa kerajaan bersetuju membuat bayaran RM50 juta kepada Jakim untuk satu persefahaman kajian air hujan di Malaysia yang akan dilaksanakan bagi memastikan jaminan status halalnya,” katanya.

Jakim berkata sebagai makluman, pihaknya tidak memberi pengesahan halal pada air hujan sebagaimana didakwa dalam penulisan berkenaan.

Menurutnya lagi, berdasarkan penelitian pihak lanjut, kandungan penulisan itu bertujuan mempersenda Jakim dan seterusnya menjatuhkan reputasi jabatan itu selaku pihak berkuasa berwibawa.

“Kami juga menyeru kepada para pengguna di luar sana agar merujuk terlebih dahulu pihak berautoriti sebelum menyebarkan sesuatu info yang tidak diketahui kesahihannya agar tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan pengguna,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI