fbpx

Talian 4G di Malaysia capai 95.52 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
4G
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Liputan 4G di Malaysia telah mencapai 95.52 peratus setakat 31 Mac lalu, di bawah Fasa 1 Jalinan Digital Negara (Jendela).

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Dr. Fadhullah Suhaimi Abdul Malek berkata, dalam aspek kelajuan jalur lebar mudah alih, inisiatif Jendela telah mencapai 40.13 Mbps.

Jelasnya, angka itu telah melepasi sasaran 35 Mbps bagi suku pertama 2022 iaitu setakat 31 Mac lalu.

“Pada suku pertama 2022, sebanyak 7.027 juta premis telah melepasi ketersambungan fiber dengan sasaran 7.5 juta premis pada akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita pada Program Penerangan Media hari ini.

Berhubung penutupan rangkaian 3G, Fadhullah Suhaimi berkata, sebanyak 1,815,314 pelanggan telah beralih daripada rangkaian tersebut setakat akhir Mac lalu, iaitu 86.6 peratus daripada keseluruhan 2,097,121 pelanggan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, SKMM telah merekodkan sebanyak 23,803 aduan rangkaian sejak 1 Januari hingga 31 Mac lalu yang ebanyakannya melibatkan perkhidmatan selular berhubung isu perkhidmatan kualiti 4G.

“Daripada 20 kawasan teratas, sebanyak 42 peratus aduan adalah dari zon satu dan dua. Berdasarkan graf yang ditunjukkan, lima kawasan teratas adalah Kuala Lumpur, Petaling, Johor Bahru, Kuala Langat dan Klang,” ujar beliau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI