fbpx

Linda Nanuwil, Mus ke separuh akhir GV7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Linda dan Muss antara tujuh peserta yang berjaya melangkah ke konsert separuh akhir GV7 minggu hadapan.

PETALING JAYA – Penyanyi Mus menepati ramalan selepas diumumkan antara tujuh peserta yang berjaya melangkah ke Separuh Akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu hadapan.

Nama-nama peserta yang berjaya diumumkan dalam segmen terakhir iaitu Ada Lagu Ada Lagi pada konsert minggu kelapan GV7 sebentar tadi.

Kesemua lapan peserta tersebut ialah Mus, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Noraniza Idris, Oja, Ashira dan Cliff Omar.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Yantzen tersingkir pada konsert minggu suku akhir.

GV7 yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Musa.

Sementara itu, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim pula sebagai juri tetap manakala Datuk Syafinaz Selamat dan Mamat Khalid sebagai juri jemputan pada konsert malam ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI