fbpx

Ibu, anak setahun terperangkap banjir diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang menyelamatkan dua beranak yang terperangkap banjir di Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Cerakah, Jeram, Kuala Selangor awal pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Dua beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun berjaya diselamatkan selepas terperangkap setengah jam dalam banjir di Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Cerakah, Jeram di sini tengah malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam, selepas rumah sewa diduduki Nurul Amira Hadzri, 28, dan anaknya, Mohd. Dayan Mikail Fauza dinaiki air sedalam 0.6 meter.

Difahamkan semasa kejadian suami mangsa tiada di rumah berikutan bekerja di sebuah kilang di Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, berdasarkan maklumat Nurul Amira sempat menghubungi ibunya yang tinggal di kawasan berhampiran bagi membantu mereka namun gagal sebelum menghubungi pihak bomba pukul 12.37 pagi.

Kata beliau, seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikejarkan di lokasi kejadian sebelum tiba pukul 1 pagi.

“Dua beranak itu berjaya dibawa keluar dengan menggunakan van khas milik bomba memandangkan laluan masuk ke kawasan kediaman mangsa masih boleh dilalui kenderaan.

“Mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Maharajalela,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Hafisham, dua beranak itu merupakan keluarga ketiga berjaya dipindahkan oleh petugas sepanjang.

Ketika ini, terdapat 12 mangsa masih ditempatkan di PSS SK Dato Maharajalela termasuk dua beranak berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI