fbpx

Eli U-Kiss, isteri kini berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eli bersama bekas isterinya, Jin Yeon-soo.

BEKAS anggota kumpulan U-Kiss, Eli mendedahkan hubungannya dengan isteri, Ji Yeon-soo sudah terlerai.

Pendedahan tersebut dilakukan menerusi Instagramnya dengan menitipkan kapsyen menggambarkan kesedihan yang dialaminya.

“Hai semua! Tahun 2020 merupakan tahun paling sukar bagi kita. Saya mempunyai beberapa berita yang ingin dikongsikan kepada anda semua.

“Saya dan isteri telah memutuskan untuk berpisah. Saya kini berada di Amerika Syarikat dan Michael (anak) tinggal bersama ibunya (Yeon-soo) di Korea Selatan,” tulisya dalam Instagram.

Eli turut menjelaskan dia kini tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan dan sentiasa berdoa anaknya bahagia bersama bekas isteri.

Menerusi perkongsian tersebut juga, dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan peminat yang tidak putus-putus kepadanya selama ini, selain memohon maaf atas pengakhiran hubungannya dengan Yeon-soo.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI