fbpx

Berusia 91 tahun, datuk Alif Satar sembuh Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK kepada penyanyi Alif Satar, Pak Wan kini disahkan sembuh daripada Covid-19.

PETALING JAYA – Datuk kepada selebriti serba boleh, Alif Satar, Mohamad Che Noh atau lebih dikenali sebagai Pak Wan yang berusia 91 tahun disahkan telah pulih daripada Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd. Satar menerusi satu hantaran status Instagram sebentar tadi.

“Itu Pak Wan saya, survivor Covid-19 yang berusia 91 tahun dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah! Allah Maha Hebat.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan hari itu. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua. Alif masih di Melaka,” tulis pelantun lagu Jangan Nakal yang masih menjalani kuarantin Covid-19 di sebuah hospital di Melaka.

Terdahulu, Pak Wan antara ahli keluarga Alif yang turut disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lalu.

Pak Wan dirawat di Hospital Sungai Buloh iaitu lokasi sama tempat ibu, bapa dan adik bongsu Alif dirawat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI