fbpx

Ain Edruce sah hamil empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN EDRUCE

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil empat bulan.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, berkata, dia menutup mulut tentang kehamilannya selama ini kerana merasakan usia kandungan masih terlalu awal untuk dihebahkan kepada umum.

“Saya tidak boleh cakap apa-apa tentang kehamilan ini kerana masih terlalu awal walaupun ramai yang cakap nampak ‘baby bump’ saya.

“Sekarang ini ya, saya sedang mengandung. Usia kandungan sekarang sudah emp;at bulan,” ujarnya dalam satu sebuah video dalam YouTubenya hari ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menjelaskan bahawa dia mendapat tahu tentang kehamilannya beberapa hari sebelum bercuti di Langkawi bersama suaminya.

Ekoran berita gembira tersebut, Ain dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa terpaksa menangguhkan sebarang bentuk aktiviti lasak sepanjang percutian mereka di Langkawi.

“Saya lakukan ujian kehamilan ini selepas menyedari saya lambat datang bulan. Jadi untuk keselamatan bayi di dalam kandungan, saya terpaksa mengelak daripada melakukan aktiviti lasak sepanjang bercuti,” ujarnya.

KIT ujian kehamilan Ain yang menunjukkan tanda positif.

Ain turut memberitahu bahawa tahun 2020 menjadi tahun paling bermakna baginya walaupun seluruh dunia sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19.

Katanya, mungkin bagi orang lain tahun ini (2020) berlaku terlalu banyak benda yang tidak elok dan mencabar.

“Namun bagi Ain, tahun 2020 ini adalah tahun yang paling diingati dan tidak boleh dilupakan sebab kehamilan ini,” katanya.

Dalam perkongsian video yang dimuat naik itu, Ain turut membuat kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan keputusan pada alat ujian kehamilan selain turut berkongsi berita gembira bersama kedua-dua orang tuanya dan kenalan rapat.

Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI