fbpx

Khemah saringan kecemasan, Covid-19 Hospital Kulim dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan khemah saringan kecemasan dan Covid-19 bersebelahan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim yang dilanda banjir kilat petang tadi.

KULIM – Pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim di sini yang menempatkan khemah saringan kecemasan dan saringan Covid-19 dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih dua jam pada petang ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas air dari longkang kawasan letak kereta yang berada pada paras lebih tinggi melimpah.

Ketika kejadian beberapa pesakit berada di dalam khemah dengan kawasan tersebut digenangi air banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, kawasan khemah tersebut dinaiki air yang melimpah dari kawasan letak kereta terletak bersebelahan.

“Air melimpah dari tempat letak kereta di sebelah atas kerana longkang yang kecil. Bila hujan lebat, air melimpah turun ke kawasan khemah sementara.

“Banjir kilat berlaku sekejap sahaja dan surut kurang sejam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, kawasan tersebut telah dibersihkan dan bersedia untuk menerima pesakit.

“Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” tambahnya.

Selain itu, beberapa kawasan di sini yang dilanda banjir kilat ialah Mukim Padang Cina, Mukim Karangan dan Mukim Kulim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI