fbpx

Atalanta runtuhkan keramat Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATALANTA melakar kejutan memadam rekod tanpa kalah 64 perlawanan Liverpool di Anfield apabila meraih kemenangan 2-0 awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini percaya kejayaan skuad bimbingannya menewaskan Liverpool adalah kerana para pemain memahami konsep bola sepak dengan cukup baik.

Pada aksi Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi semalam, Atalanta berjaya mengejutkan The Reds 2-0 selepas jurulatih itu membuat beberapa perubahan pemain dan taktikal pasukan.

Gasperini melakukan kejutan menggugurkan penyerang utama, Duvan Zapata dan Luis Muriel dengan memasukkan Josip Ilicic dan Papu Gomez bagi memastikan formasi 3-5-2 yang digunakannya berjalan lancar.

Atalanta menjadi pasukan kedua yang berjaya meraih kemenangan di Anfield pada sai­ngan Liga Juara-Juara selepas Fiorentina melakukannya pada Disember 2009 dan pasukan kelima dari Itali mencatat kejayaan itu dalam semua kejohanan.

“Saya berada di Genoa untuk tempoh yang agak lama dan mereka di sana sering bercakap mengenai kejayaan gemilang mencatat kemenangan di Anfiled pada 1992.

“Liverpool berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam 64 perlawanan di sini. Jadi, kemenangan yang kami raih ini lebih bermakna apabila berjaya memusnahkan rekod bersih mereka itu,” katanya.

Selain tiga pasukan tersebut, dua kelab yang pernah melakar kemenangan di Anfield adalah AS Roma pada 2001 dan Udinese melakukannya pada 2012.

Pada aksi berkenaan, Liverpool gagal melakukan sebarang percubaan tepat tetapi Atalanta dilihat lebih berbahaya menerusi percubaan Ilicic dan Robin Go­sens.

“Tanpa ragu-ragu ini adalah satu kepuasan yang paling nyata apabila anda berjaya memenangi perlawanan menentang pasukan yang sangat berkualiti.

“Kami berjaya mempamerkan aksi yang terbaik apabila pemain memahami konsep bola sepak dengan baik. Liverpool cuba mengimbangi perlawanan dengan memasukkan pemain bintang tetapi kami ‘membunuh’ mereka dengan gol kedua.

“Kami beraksi dengan baik berbanding aksi pertama di Bergamo. Cara kami mengawal bola dan teknikalnya lebih baik. Paling utama, kami tidak membuat kesilapan seperti apa yang dilakukan pada aksi pertama di Bergamo,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool masih me­nerajui takhta liga de­ngan sembilan mata, manakala Ajax dan Atalanta berkongsi tujuh mata untuk berada di kedudukan kedua dan ketiga.

– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI