fbpx

Bawah umur, kecam tak sedar umur saya 15 tahun boleh pula? – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cik B dan Aniq melakonkan watak sebagai pasangan bercinta dalam sebuah drama televisyen.

PETALING JAYA – “Ya, Cik B 15 tahun bawah umur. Lepas itu yang kau orang kecam Cik B macam kau orang tak sedar Cik B 15 tahun boleh pula? Fikir balik.”

Demikian luahan rasa kecewa anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin apabila ramai mengecam dirinya sewenang-wenangnya selepas dia dan pelakon baharu, Aniq Suhair dikatakan bercinta.

Cik B dan Aniq berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama berjudul Lelaki Lingkungan Cinta sehingga dalam drama tersebut, dua pelakon itu disatukan atas pelamin.

Kecewa dengan kecaman daripada netizen yang membuta tuli dalam memberikan pandangan, Cik B memuat naik untaian ciapan melalui laman Twitter miliknya.

“Cik B tak marah atau terasa cuma Cik B tak faham. I don’t need a man in my life so chill (saya tidak perlukan lelaki dalam hidup, sila relaks.

“I’ll find a man when I feel like liking a man (saya akan jumpa seorang lelaki apabila saya rasa macam perlu untuk suka seorang lelaki,” ciapnya.

Disebabkan satu ciapan seorang pengguna Twitter yang mendakwa segelintir peminatnya bersifat talam dua muka disebabkan isu bercinta bawah umur, remaja itu tampil mempertahankan diri dan peminatnya.

Getus Cik B yang terkenal dengan perwatakan sempoi, bersahaja dan agak kelakian: “Awak pula jenis yang busuk hati dan kuat dengki. Saya kesian dekat awak sebab sakit hati dengan saya, mesti sakit dan perit kan?

“Buat apa mereka talam dua muka, mereka dapat apa.”

Terdahulu, Cik B dan Aniq Suhair mencetuskan kontroversi apabila seperti memberi bayangan di sosial media masing-masing mereka sedang hangat dilamun cinta.

Keadaan mula menjadi kucar-kacir apabila netizen kurang bersetuju dengan perbezaan usia mereka. Cik B berusia 15 tahun dan masih bawah umur sementelah Aniq berusia 20 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI