fbpx

[VIDEO] Mendiang Baharuddin seorang yang berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Koperal Baharuddin Ramli.

PADANG BESAR – Mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, disifatkan seorang anggota yang berani dan sangat komited dalam menjalankan tugasnya.

Sahabat Baharuddin, Koperal Judin Awi, 42, berkata, mendiang sentiasa bersemangat ketika bertugas.

“Mendiang juga peramah serta tidak pernah membantah setiap arahan daripada pihak atasan.

“Pernah juga dia berjaga siang malam ketika melakukan tugasan mencegah jenayah rentas sempadan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, walaupun sedih, dia berbangga kerana mendiang bertugas sehingga ke akhir nyawanya.

“Kali terakhir saya jumpa mendiang pada semalam dan dia nampak biasa sahaja, tiada sebarang perubahan,” tambahnya.

Tambahnya, dua yang mengenali mendiang sejak lebih 15 tahun lalu bertugas di situ sejak tiga minggu lalu dengan keluarga tinggal di Kem Batalion 3 PGA, di Bidor, Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI