fbpx

ATM patahkan cubaan PATI menyusup keluar secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 24 PATI ditahan anggota Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) ketika cubaan menyusup keluar secara haram di sebuah ladang dalam kawasan Kampung Serudong kelmarin. - Foto IHSAN MARKAS DIVISYEN KELIMA INFANTRI MALAYSIA

TAWAU – Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan anggota Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) ketika cubaan menyusup keluar secara haram di sebuah ladang dalam kawasan Kampung Serudong kelmarin.

Dalam penahanan menerusi Op Benteng antara pukul 9 hingga 9.30 malam itu, semua yang ditahan adalah terdiri dari 23 lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia berumur antara 18 sehingga 53 tahun.

Panglima Briged Ketiga Belas Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, semua PATI terbabit ditahan ketika pelaksanaan Op Benteng.

“22 orang dari mereka ditahan ketika menaiki dua lori berbeza dipercayai dalam perjalanan cuba menyeberangi sempadan negara untuk balik ke negara asal manakala dua lagi PATI diberkas sewaktu menaiki motosikal untuk tujuan sama.

“Kita turut menahan seorang pemandu lori mempunyai status Pemastautin Tetap (PR) yang disyaki berperanan membawa semua PATI berkenaan ke kawasan sempadan.

“Siasatan awal mendapati semua PATI yang ditahan adalah pekerja sebuah ladang dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalananan atau pengenalan diri sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zambery Jefry, pihaknya merampas dua buah lori dan sebuah motosikal yang dianggarkan nilai keseluruhan hampir RM 39,820.

Beliau berkata, semua tangkapan bersama barang rampasan di bawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Zambery Jefry menyatakan tentera darat akan terus melaksanakan l kawalan di sempadan bagi memastikan Op Benteng dapat diperkukuhkan selain mengekang aktiviti keluar masuk PATI. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI