fbpx
IPPO meminta agar netizen tidak membanding-bandingkan antara Aishah dan Siti.

Jangan bandingkan Aishah dan Siti – Ippo Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi yang juga komposer lagu Aku Bidadari Syurgamu, Ippo Hafiz kesal dengan tindakan segelintir netizen yang tidak habis-habis mengecam dan terus melemparkan komen negatif terhadap penyanyi legenda, Aishah.

Menurutnya, dia dan penyanyi asal lagu tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza berbesar hati dengan kesungguhan Aishah mendendangkan lagu berkenaan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) malam kelmarin.

“Kalau nak kecam pun, kecamlah saya sendiri. Jangan sesekali kecam dan hentam legenda kita, Aishah. Lagipun pemilihan ini merupakan keputusan sebulat suara bersama label pengurusan.

“Mengenai pemilihan dan persembahan Aishah, saya yang bertanggungjawab sepenuhnya. Saya kesal dan ralat apabila membaca komen-komen netizen yang menghentam Aishah dalam laman sosial,” kata Ippo menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Saat Bahagia itu, pihaknya bersyukur atas kesudian Aishah menggantikan Siti selain sanggup membawa tanggungjawab besar tersebut.

Menerusi video tersebut juga, Ippo memohon netizen berhenti menyalahkan Aishah dan membanding-bandingkannya penyanyi Janji Manismu itu dengan Siti kerana hanya sempat membuat persiapan selama hanya beberapa hari.

Pada malam Sabtu lalu, Aishah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu sekali gus menamatkan teka-teki peminat yang tertanya siapakah penyanyi pengganti Siti.

Bagaimanapun, persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi negatif penonton dan netizen yang berpendapat lagu tersebut tidak dipersembahkan dengan baik selain tiada penjiwaan. – K! ONLINE