fbpx

Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 diagih mulai 30 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan memaklumkan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan diagihkan kepada 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mulai 30 November ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan kewangan one-off itu diagihkan kepada PKS yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah penerima kali ini lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.

“Sehubungan itu, kerajaan menganggarkan peruntukan GKP 2.0 adalah sebanyak RM912 juta iaitu peningkatan daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 November ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 27 November ini di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my/.

Tengku Zafrul berkata, nengambil kira kelulusan GKP 1.0 dan GKP 2.0, jumlah keseluruhan penerima pada tahun 2020 adalah hampir 849,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.55 bilion.

Menurutnya, tempoh permohonan GKP 2.0 telah dibuka antara 1 hingga 31 Oktober lalu.

“Setiap permohonan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah disemak silang atau diverifikasi dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Katanya, tujuan GKP 2.0 adalah bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI