fbpx

Ernie bidas tuduhan netizen tentang SOP SFMM35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE ZAKRI

PETALING JAYA – Penyanyi Ernie Zakri membidas netizen yang menuduh penerbitan Separuh Akhir Muzik-Muzik-35 (SFMM35) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, SOP yang dilaksanakan oleh pihak TV3 sepanjang SFMM35 berlangsung amat ketat.

Ernie berkongsi perkara tersebut dalam satu ciapan Twitter semalam.

“Jika tidak berada di sana, janganlah hambur kata-kata yang tidak baik.

“Kami juga mencari rezeki sama seperti kalian. Industri kami anda lihat sebagai ‘hiburan’ dan kami hanya nak have fun (berseronok),” tulisnya dalam satu bebenang ciapan Twitter semalam.

Ujar pelantun lagu Ku Bersuara itu, dia juga sama seperti manusia lain yang perlu bekerja untuk mencari rezeki.

“Kami ada perut yang harus diisi sama seperti kalian, cuma bidang yang kami pilih berbeza.

“Doakan kami semua ya, jaga diri semua,” luahnya lagi.

Dalam pada itu, Ernie yang turut bertanding pada episod pertama SFMM35 bersama Alif Satar turut memuat naik video dia melakukan ujian calitan Covid-19 malam tadi bersama tunangnya, Syamel.

“Alhamdulillah, saya, Syamel dan semua tean kami sudah selesai melakukan ujian calitan.

“Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segalanya buat kami. Kami akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari,” kongsinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI