fbpx

Artis terlibat SFMM35 buat ujian calitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa rakan artis yang turut membuat ujian calitan Covid-19 semalam.

PETALING JAYA – Pengacara Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) Sherry Alhadad meminta orang ramai tidak menyalahkan penyanyi Alif Satar apabila dianggap telah menyusahkan banyak pihak selepas disahkan positif Covid-19.

Sherry ketika dihubungi memberitahu, sepanjang berada di lokasi SFMM35 untuk pertandingan hari ketiga SFMM35 semalam, semua artis dan kru produksi berasa kasihan dengan Alif selepas dia meluahkan rasa sedih dan bersalah atas apa yang berlaku.

“Saya faham perasaan Alif dan dia sendiri ada menghubungi beberapa kenalan artis termasuk saya untuk meminta maaf. Dia betul-betul berasa bersalah.

“Tetapi kami beritahu, itu bukan salah dia. Alif sendiri pun tidak tahu yang dia positif,” ujar Sherry yang sebelum ini berpasangan dengan Alif sebagai pengacara program Big Stage.

Pinta Sherry, penyanyi yang bertanding pada hari pertama SFMM35 Jumaat lalu menerusi lagu I Want You To Love Me itu sepatutnya diberikan kata-kata positif untuk terus kuat menempuh dugaan.

Beberapa rakan artis yang turut membuat ujian calitan Covid-19 semalam.

Sementara itu, salah seorang penyanyi yang bertanding pada episod pertama SFMM35 menerusi lagu Hati, Hael Husaini memberitahu dia akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari meskipun bukan kontak rapat kepada Alif.

Perkara tersebut dikongsi oleh Hael menerusi satu kenyataan dalam InstaStory yang dimuat naik semula daripada hantaran Instagram rakan sekerjanya.

“Alhamdulillah, orang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah hubungi dan memaklumkan saya tidak diklasifikasikan sebagai kontak rapat Alif dan tidak perlu menjalani tempoh kuarantin serta ujian calitan.

“Bagaimanapun, kami satu pasukan tetap menjalankan ujian saringan malam tadi sebagai langkah berjaga-jaga selepas mendapat tahu tentang berita tentang Alif. Kami berada di satu tempat tertutup yang sama pada 20 November lalu,” katanya.

Hael dan kumpulan rakan sekerjanya turut mengambil tanggungjawab melakukan kuarantin kendiri sehingga keputusan ujian saringan dikeluarkan.

“Terima kasih atas segala doa yang diterima sejak semalam buat kami. Harapnya kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,” katanya lagi.

Selain itu, pasangan artis yang turut bertanding pada SFMM35, Akim Ahmad dan Stacy mendoakan agar Alif cepat sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Pasangan itu yang sepatutnya bertanding pada episod terakhir SFMM35 turut menjalankan tanggungjawab melakukan ujian calitan Covid-19 malam semalam.

“Selesai buat ujian saringan. Mudah-mudahan segalanya baik-baik sahaja, insya-Allah.

“Semoga Alif diberikan kesembuhan dan segalanya dipermudahkan, amin,” katanya.

Sejak malam semalam, beberapa penyanyi yang terlibat dengan SFMM35 telah berkongsi video dalam laman sosial masing-masing ketika melakukan ujian calitan Covid-19.

Antaranya Naim Daniel, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul, Stacy, Akim, Shiha Zikir, Zynnakal, Ismail Izzani termasuk dalam kalangan juri seperti Helen Yap dan Ajai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI