fbpx

[VIDEO] Beli Sony PS5, dapat sekampit beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kombinasi sekampit beras diterima pelanggan dan konsol permainan Sony PS5. - AFP/Twitter

LONDON – Pelanggan di Britain tergamam apabila membuka kotak bungkusan Amazon UK yang diterima tidak mengandungi konsol permainan Sony PS5 yang dibeli tetapi sekampit beras.

Selain beras, ada beberapa pelanggan lain menerima bungkusan berisi peralatan elektrik lain seperti alat urutan kaki, tin makanan anjing dan gril memanggang.

Menurut laporan Metro UK, pencuri dipercayai melarikan konsol permainan PS5 sebelum kiriman dibuat pada Khamis dan Jumaat minggu ini.

Pembeli yang berasa tertipu berkongsi kekecewaan mereka di Twitter bagi mendapatkan penjelasan mengenai misteri kehilangan konsol permainan yang berharga £450 (RM2,450).

Beberapa pelanggan lain melaporkan mereka tidak menerima bungkusan yang ditempah dan ditanda sebagai sudah menerima barang masing-masing.

Wartawan MTV, Bex April May juga berkongsi perkara sama apabila dia menerima kotak bungkusan mengandungi pekakas elektrik dan bukannya PS5 yang dibeli.

Konsol permainan PS5 habis dijual menerusi pratempahan pada September lalu menerusi Amazon UK Across di UK dan Amerika Syarikat.

Sejumlah konsol permainan edisi terhad ditawarkan menerusi platform e-dagang online pada pukul 1 petang, Khamis dan habis terjual dalam beberapa minit.

Ada pembeli yang berjaya kemudian menjual semula alat permainan itu pada harga lebih £1,000 (RM5,440) kepada mereka yang berminat.

Jurucakap Amazon menerusi satu kenyataan menyatakan pihaknya sedang menyiasat apa yang berlaku dan meminta pelanggan terjejas untuk menghubungi petugas khidmat pelanggan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI