fbpx

Lilin punca rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Mohd. Khairul Rizam yang musnah dalam kebakaran di Kampung Baku Tinggi dekat Kemaman malam tadi.

KEMAMAN – Gara-gara sebatang lilin, sebuah rumah dua tingkat didiami tiga sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Bakau Tinggi, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, Mohd. Khairul Rizam Ahmad Zainudin, 27, berkata, dia bersama isteri, Syafiqah Mustafa, 26, dan anak mereka Mohd. Adam Rizqi, 2, sedang tidur di bilik bahagian atas rumah yang baru disewa tiga bulan lalu.

Dia berkata, dia memasang sebatang lilin dan meletaknya di atas sebuah almari sebelum tidur pada pukul 8.30 malam selepas bekalan elektrik di kawasan rumahnya terputus.

“Kami sekeluarga tidur awal sebab bekalan elektrik terputus. Kebakaran itu disedari isteri saya selepas terjaga daripada tidur dan melihat api mula menyambar bahagian almari.

“Saya bergegas menyelamatkan anak kami dan isteri turut berkejar ke rumah jiran untuk meminta pertolongan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Khairul Rizam yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah bank di bandar Chukai berkata, api merebak terlalu cepat menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

“Selepas menyelamatkan anak dan isteri, saya cuba masuk semula ke rumah untuk mengambil barang berharga tetapi gagal kerana api merebak terlalu cepat dan asap tebal memenuhi seluruh rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI