fbpx

Aina Abdul sedih SFMM35 tunda, yakin ada hikmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA redha episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya bersiaran pada malam ini ditunda ke tarikh lain.

PETALING JAYA – Salah seorang penyanyi yang sepatutnya turut bertanding pada hari ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35), Aina Abdul mengakui berasa sedih selepas ia dibatalkan pada saat-saat akhir oleh pihak produksi.

Pembatalan acara yang dijalankan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu diputuskan selepas penyanyi, Alif Satar yang bertanding pada malam pertama (Jumaat), disahkan positif Covid-19 hari ini.

Aina ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia bagaimanapun akur dan percaya segala yang terjadi pasti ada hikmahnya.

“Saya termasuk artis-artis yang terlibat pada malam ini dimaklumkan oleh pihak produksi kira-kira pada pukul 8.15 malam.

“Kebanyakkan penyanyi dah bersiap, hanya menunggu untuk memakai baju sebelum dibertahu akhirnya pertandingan mala mini ditunda.

“Saya kesian dekat pasukan saya yang telah bertungkus-lumus untuk SFMM35, namun saya percaya apa yang berlaku pasti ada kebaikannya,” ujarnya.

Penyanyi yang bakal mendendangkan lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh dia sendiri berjudul Semalam, ketika dihubungi memberitahu bahawa dia sedang menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan kesihatan di Hospital Management & Science University (MSU) bersama beberapa rakan artis dan kru produksi.

Pada masa sama, Aina turut mendoakan yang terbaik buat semua, terutama pada Alif semoga dilindungi olehNya.

“Aina harap semua yang terlibat dalam SFMM35, rakan-rakan artis dan kru produksi dapat kekalkan semangat untuk meneruskan pertandingan ini.

“InshaAllah semoga semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) dalam satu kenyataan rasmi hari ini telah mengambil langkah untuk menunda siaran langsung Muzik Muzik 35 Separuh Akhir yang dijadualkan pada pukul 9 malam ini (22 November) ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI