fbpx

34 mangsa banjir dipindahkan di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan di kampung terbabit yang mula dinaiki air sejak semalam.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

RAUB – Banjir mula melanda Pahang apabila seramai 34 mangsa daripada tujuh buah keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara semalam selepas rumah mereka dinaiki air.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, kesemua mangsa daripada dua kampung iaitu Kampung Kuala Semantan dan Kampung Sega Lama mula berpindah kira-kira pukul 10 malam semalam.

“Seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga daripada Kampung Kuala Semantan dipindahkan ke Masjid Jamek Kampung Kuala Semantan manakala seramai 22 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Sega Lama dipindahkan ke Masjid Kampung Sega Lama.

“Pihak bomba membantu pemantauan dan pemindahan mangsa ke Masjid Kuala Semantan dan Masjid Kampung Sega Lama dan terus melakukan pemantauan di sekitar daerah ini,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan pada masa ini trend air adalah statik dan tidak berlaku hujan.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 anggota bomba telah membuat sanitasi tempat perpindahan mangsa banjir terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI