fbpx

Padah jual pakaian jenama tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakaian berjenama tiruan yang dirampas Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Taman Cheras Jaya, Balakong baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Tindakan seorang peniaga menjual pakaian berjenama tiruan menerusi platform online akhirnya mengundang padah apabila dia diberkas dalam satu serbuan, baru-baru ini.

Dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor itu, sepasukan tujuh pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Ibu Pejabat Putrajaya berjaya merampas pelbagai pakaian berjenama tiruan bernilai kira-kira RM67,750.

Pengarah Bahagian Penguatkuasanya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya turut menahan lelaki berusia 45 tahun yang mengaku sebagai pemilik kediaman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan selepas menerima aduan daripada seorang pelanggan yang mendakwa pakaian dijual tiruan selepas perbandingan dibuat dengan pakaian jenama asli.

“Rentetan aduan itu, sepasukan pegawai penguatkuasa digerakkan bagi menyerbu kediaman itu berdasarkan alamat tertera pada bungkusan yang dikirim.

“Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan bersama wakil pemilik cap dagang mendapati terdapat pelbagai jenis baju dan seluar jenama Adidas, Puma dan Nike disimpan di premis tersebut yang disyaki tiruan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, peniaga berkenaan mengiklankan pakaian berjenama tiruan dengan harga yang lebih murah daripada pasaran bagi menarik perhatian pembeli. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI