fbpx

Lana dipuji jemput ustazah ajar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lana Nodin

PETALING JAYA – Tindakan pelakon, Lana Nodin membim­bing suaminya, Mohd. Daud McKienzie, 41, dan anak-anak­nya mendalami ilmu agama mendapat pujian peminat.

Pelakon filem Gol & Gincu itu sebelum ini memuat naik video menerusi laman Instagramnya yang memaparkan suami dan anak sulungnya, Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan seorang us­tazah di rumah selebriti tersebut.

Menerusi video itu, Mohd. Daud yang merupakan mualaf diajar mengenai cara-cara untuk mendirikan solat bermula dengan mengambil wuduk selain memperbetulkan bacaan dalam solat.

“Bangga untuk memberitahu inilah keluarga saya,” ujar Lana menerusi status pada video berkenaan.

Gambar suami dan anak yang dimuat naik Lana Nodin di Instagramnya baru-baru ini.

Lana turut memberitahu, dia berasa bersyukur dan berbangga kerana mempunyai keluarga yang bahagia.

Rata-rata komen yang di­tinggalkan pengikutnya di In­stagram turut melahirkan rasa gembira kerana pelakon tersebut membimbing suaminya mendalami Islam.

“Alhamdulillah semoga Allah S.W.T memberikan hidayah tanpa henti kepada puan seke­luarga, Insya-Allah,” kata seorang pengguna laman sosial.

David Mckienzie memeluk Islam lima tahun lalu. Pasangan itu bernikah pada 2015.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI