fbpx

Syor JKDM laksana AEO antara dipersetujui JKMMAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Syor Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk melaksanakan Program Authorized Economic Operator (AEO) di peringkat nasional antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) hari ini.

Mesyuarat Siri 13 Bilangan 3 Tahun 2020 itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sidang video.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, pelaksanaan Program AEO bertujuan untuk meningkatkan pematuhan industri, keselamatan dan fasiliti perdagangan di sempadan yang membabitkan urusan import eksport.

Jelas mereka, mesyuarat JKKMAR juga bersetuju satu perbincangan diadakan di antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Jabatan Peguam Negara bagi memantapkan proses tatatertib dalam perkhidmatan awam.

“Ini bagi membolehkan Laporan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (LSEAIC) dijadikan sebagai keterangan dalam prosiding tatatertib.

“Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan tindakan tatatertib yang diambil oleh jabatan-jabatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, mesyuarat JKKMAR bersetuju supaya Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) memperhalusi garis panduan pengeluaran surat sokongan oleh anggota pentadbiran.

Ujarnya, perkara itu boleh dibuat bersama Menteri kanan, KSN, Jabatan Peguam Negara dan SPRM sebagai langkah untuk memantapkan integriti dan tadbir urus anggota pentadbiran.

Sementara itu, PMO berkata, dua syor Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menambah baik tatacara dan kaedah penilaian tender melalui peningkatan integriti maklumat dalam memastikan keberkesanan penilaian tender turut dipersetujui.

Katanya, syor tersebut ialah mengadakan satu usaha sama di antara JKR dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menggunakan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data agensi bagi tujuan penilaian tender serta menguatkuasakan syarat bon tender bagi tender tertentu kerajaan.

“JKKMAR juga bersetuju supaya satu kajian komprehensif berkaitan Pewujudan Peruntukan Undang-Undang Baharu berkenaan Perjanjian Penangguhan Pendakwaan secara bersama oleh Jabatan Peguam Negara dan SPRM berkaitan peruntukan Liabiliti Korporat.

“Kajian ini adalah bagi melihat mekanisme dan penanda aras bagi suatu organisasi komersial yang telah dipertuduh di bawah Sek 17A (4) ASPRM,” katanya.

Dalam pada itu, PMO berkata, JKKMAR juga bersetuju dengan syor GIACC supaya diwujudkan
Kod Tugas dan Fungsi Setiausaha Politik (Supol) sesuai dengan objektif pelantikan mereka dalam membantu menguruskan hal ehwal berkaitan urusan politik sahaja.

“Oleh itu, bagi melengkapkan peningkatan integriti dalam proses sokongan, Arahan Perdana Menteri berkaitan Kod Tugas dan Fungsi Supol dapat menyempurnakan arahan terdahulu yang telah dikeluarkan khusus untuk pegawai kerajaan,” katanya.

Katanya, mesyuarat hari ini turut mengambil maklum mengenai usaha menyebar luas aspek governans, integriti dan antirasuah melalui promosi dan publisiti media yang akan dipergiatkan berdasarkan konsep normal baharu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI