fbpx

Polis Serdang guna unit berkuda dalam pemantauan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (tengah) melihat unit berkuda PDRM melakukan rondaan di Bandar Puteri, Puchong hari ini.

SERDANG – Polis Daerah Serdang menggunakan pendekatan Unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar kawasan tumpuan ramai daerah itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, selain melakukan pemeriksaan pematuhan SOP unit berkuda juga mengadakan rondaan cegah jenayah.

“Kita percaya dengan rondaan unit berkuda ini memberi peluang kepada masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah, penyalahgunaan dadah dan lain-lain untuk membolehkan pihak polis mengambil tindakan lanjut,”katanya ketika ditemui selepas melakukan rondaan berkuda di Bandar Puteri Puchong di sini hari ini.

Razali berkata, rondaan berkuda itu sejajar dengan objektif PDRM berpandukan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 dalam memastikan ketenteraman dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

“Rondaan akan tertumpu di kawasan tumpuan orang ramai termasuk pusat perniagaan, pasar raya besar, kawasan institusi kewangan serta taman perumahan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI