fbpx

Peniaga dibenarkan berniaga di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Penduduk yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dibenarkan berniaga termasuk di tepi jalan sepanjang pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, kebenaran itu hasil pertemuan beliau bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MPK), Dr. Ahmad Fadzil Ahmad.

Katanya, ini termasuk mempermudahkan kelulusan permohonan lesen perniagaan yang baharu dipohon oleh peniaga berikutan pendapatan terjejas akibat pandemik tersebut.

“Dianggarkan kira-kira 1,000 peniaga baharu telah berniaga di sekitar kawasan DUN Pelabuhan Klang merangkumi Kota Pandamar, Telok Gong, Pulau Indah dan beberapa kawasan lain.

“Pemohonan lesen perniagaan boleh dilakukan di dalam laman sesawang rasmi MPK,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan program Bantuan Keperluan Asas anjuran Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia (PSPKPBM) di Dewan Serbaguna MPKK di Taman Pandamaran Jaya, di sini.

Jelas Azmizam, peniaga tersebut dibenarkan menjalankan perniagaan mereka termasuk di kawasan parkir kereta selagi tidak mengganggu aliran lalu lintas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI