fbpx

3,550 pekerja Top Glove akan disaring Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pekerja Top Glove yang berkumpul di dewan khas awal pagi tadi. Foto ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Seramai 3, 550 pekerja Top Glove yang terdiri daripada pekerja Nepal dan Bangladesh akan bakal menjalani saringan Covid-19 selaras penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, saringan dijadualkan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang esok selepas proses bancian dijalankan hari ini.

“PKPD ini dibahagikan kepada dua sektor iaitu A melibatkan 39,000 meter persegi (m2) dan Sektor B seluas 41,000 m2.

“Jumlah keseluruhan kawasan 80,000 m2 atau 6.3 hektar,” katanya ketika ditemui pemberita di PKPD berkenaan hari ini.

Kata beliau, turut terlibat dalam saringan itu dianggarkan 1,200 penduduk yang tinggal di kedua-dua sektor tersebut namun jumlah sebenar masih dalam bancian.

Nurulhuda menjelaskan pelaksanaan PKPD di kedua-dua sektor terbabit melibatkan tiga syif dengan kekuatan seramai 200 orang kakitangan.

Ini termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Perbandaran Klang, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ketika ditanya sama ada kilang Top Glove akan ditutup, Nurulhuda menegaskan operasi kilang akan berjalan seperti biasa.

“PKPD ini hanya melibatkan pekerja yang tinggal di asrama dalam dua sektor tersebut sahaja. Kita juga menyediakan talian khas 0136319326 bagi bilik gerakan sektor B,” katanya.

Kerajaan semalam mengumumkan pelaksanaan PKPD di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula hari ini sehingga 30 November depan.

Pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan terpaksa dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 215 kes positif Covid-19. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI