fbpx

Vaksin Moderna hampir 95 peratus berkesan cegah Coivd-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pada 18 Mei lalu menunjukkan seorang lelaki berdiri di luar ibu pejabat Moderna di Cambridge, Massachusetts di Amerika Syarikat. - AFP

WASHINGTON – Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna hari ini mengumumkan bahawa vaksin eksperimen yang dibangunkan untuk menentang Covid-19 menunjukkan kadar berkesanan sebanyak 94.5 peratus, menandakan kejayaan kedua dalam usaha pencarian vaksin koronavirus.

Moderna mendedahkan keputusan awal daripada satu ujian percubaan klinikal yang melibatkan kira-kira 30,000 peserta.

Sebelum ini, firma farmaseutikal AS, Pfizer dengan kerjasama BioNTech dari Jerman mengumumkan vaksin yang dibangunkan mereka mempunyai kadar 90 peratus keberkesanan.

Vaksin oleh kedua-dua pihak itu dibangunkan menerusi platform baharu yang dipanggil RNA, iaitu lebih pantas untuk dihasilkan berbanding vaksin tradisional serta secara berkesan mengubah sel manusia menjadi kilang vaksin.

“Analisis interim positif ini daripada kajian Fasa Ketiga memberi kami pengesahan klinikal pertama bahawa vaksin kami boleh cegah penyakit Covid-19, termasuk penyakit teruk,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel.

Syarikat itu juga merancang untuk membuat permohonan untuk kelulusan kecemasan di AS dan dunia dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Moderna menjelaskan pihaknya mampu menyiapkan kira-kira 20 juta dos untuk kiriman di AS sebelum akhir tahun ini.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 global sudah melepasi paras 54 juta dengan lebih 1.3 juta kematian sejak virus itu dikesan di China hujung tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI