fbpx

Pekerja perlu lakukan ujian swab tiga hari sebelum memasuki tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 25 Oktober 2005 menunjukkan dua pekerja mengikat kepingan plet tembaga untuk dieksport di lombong tembaga Chuquicamata, dekat bandar Calama di Chile. – AFP

PETALING JAYA – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa semua pekerja binaan supaya menjalani ujian swab Covid-19 tiga hari sebelum memasuki tapak pembinaan.

CIDB dalam satu kenyataan berkata, kesemua kontraktor termasuk pemilik projek perlu memastikan semua pekerja yang memasuki tapak pembinaan telah menjalani ujian tersebut.

Katanya, langkah tersebut dilakukan selepas siasatan CIDB dan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kenaikan mendadak kes Covid-19 di tapak pembinaan sejak kebelakangan ini berpunca daripada pekerja binaan di bawah subkontraktor yang sering berpindah.

“Sehingga semalam, terdapat dua kluster yang telah dikenalpasti iaitu, Damanlela dan Rumah WIP Setapak membabitkan 714 pekerja asing dan enam pekerja tempatan.

“Daripada dua kluster berkenaan, kes paling banyak direkodkan adalah kluster Damanlela kerana pekerja binaan yang digunakan bertukar dari satu projek pembinaan ke projek pembinaan yang lain,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru kata CIDB, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kontraktor perlu melantik seorang atau lebih penyelaras bagi membuat penyelarasan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

“Mereka juga perlu mewujudkan Protokol Tindak Balas Kecemasan bagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara pengurusan kes kecemasan sekiranya terdapat jangkitan atau siasatan jangkitan Covid-19.

“Kegagalan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan akan menyebabkan syarikat kontraktor terbabit mengalami kerugian sekiranya berlaku penularan kes Covid-19 di tapak pembinaan berkenaan,”ujarnya.

Tambah CIDB, maklumat lanjut berkenaan SOP dan Garis Panduan industri pembinaan boleh diketahui menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau laman rasmi CIDB di www.cidb.gov.mny atau hubungi hotline CIDB 03 5567 3300. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI