fbpx
Anggota forensik sedang mengangkat mayat mangsa di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Kujid, Kampung Panji dekat Kota Bharu, semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

Remaja Rohingya ditemukan maut di tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki etnik Rohingya maut selepas dipercayai dibunuh dengan objek tajam berhampiran bangsal sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Kujid, Kampung Panji, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun ditemukan sudah meninggal dunia di kawasan itu selepas mengalami kecederaan pada bahagian leher.

Seorang penduduk Kampung Panji, Najib Ahmad, 50, berkata, dia mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 7 pagi tadi selepas dimaklumkan oleh jemaah surau di kampung tersebut.

“Saya pergi ke kawasan pembinaan rumah itu sebelum mendapati lokasi tersebut sudah dipasang garisan polis. Keadaan di tapak pembinaan rumah itu juga sunyi tanpa sebarang pergerakan pekerja.

“Rumah berkenaan sudah tiga bulan dibina dan pekerjanya terdiri daripada warga asing. Sebelum ini, penduduk ada melihat empat orang lelaki bekerja di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, difahamkan pihak polis sedang mencari rakaman televisyen litar tertutup untuk membantu siasatan kes itu, namun gagal kerana kebanyakan rumah di kawasan itu tidak mempunyai peralatan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damir ketika dihubungi berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan tindakan pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN