fbpx

Hugh Grant cium tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUGH GRANT

PELAKON Hugh Grant yang pernah disahkan positif Covid-19 pada Februari lalu berkongsi pengalaman aneh yang dilaluinya.

Menerusi rancangan The Late Show with Stephen Colbert, aktor berusia 60 tahun itu berkata, dia sering berasa tidak selesa dan sukar bernafas seolah-olah dadanya ditekan-tekan oleh lelaki berbadan besar.

Paling ketara apabila Grant mengalami masalah deria bau yang selalu terjadi ke atas pesakit Covid-19, seolah-olah hidungnya gagal berfungsi.

“Aku pernah mencium bau tong sampah, namun ternyata aku telah kehilangan deria bau disebabkan Covid-19,” katanya yang disahkan pulih daripada Covid-19 bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI